assalamualaikum.........
......
alhamdulillah,.. kite bjumpe lagi
Sunday, January 11, 2015
Tuesday, April 1, 2014
Suasana Pembelajaran di Universiti..
Baru-baru ini keputusan peperiksaan sudah dapat diketahui umum. Ada yang mendapat keputusan dengan cemerlangnya, dan ada juga yang kurang bernasib baik. Pelajar yang cemerlang akan melanjutkan pelajaran ke universiti, sama ada di dalam negara mahupun universiti di luar negara. Pastinya setiap pelajar mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke sana sama ada secara sepenuh masa atau secara pendidikan jarak jauh bergantung kepada pilihan masing-masing. Mengikut pengalaman sendiri, tidak dinafikan suasana pembelajaran di universiti memang seronok dan banyak perkara yang boleh dipelajari. Apabila berada di universiti, kita akan mendapat kebebasan untuk menguruskan kehidupan. Kita haruslah pandai berdikari dan menguruskan hidup sama ada dari aspek pelajaran, kewangan, kehidupan sosial dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan zaman sekolah dahulu, kehidupan sebagai pelajar universiti sememangnya berbeza. Selain perlu bijak dalam mengawal kewangan, kita juga harus bijak memilih kawan supaya tidak terjebak dengan perkara yang negatif.
Saya mengikuti pengajian di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Risiko dan Insurans, dan hampir tiga tahun saya menimba ilmu dalam bidang ini. Di UUM, bidang ini tidak begitu dipelopori , oleh sebab itu bilangan pelajarnya kurang sedikit berbanding dengan bidang-bidang yang lain. Apabila mendengar sahaja bidang ini, pastinya terbayang di minda hal-hal berkenaan insurans dan semestinya apabila sudah melangkaui alam pekerjaan, satu-satunya pekerjaan yang dilakukan ialah menjadi ejen insurans, yang sentiasa berusaha untuk mempengaruhi pelanggan untuk membeli insurans darinya. Tanggapan ini sangat tidak berasas, kerana selain daripada hal-hal berkenaan insurans, kami juga didedahkan perkara yang berkaitan dengan risiko. Kami diajar teknik-teknik menguruskan risiko dan pelbagai lagi. Dengan ilmu yang dipelajari ini, kami dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian terutamanya apabila berlakunya sesuatu kejadian atau bencana-bencana yang dialami sama ada individu, dan juga masyarakat. Dengan ilmu ini, kami mempunyai banyak pilihan kerjaya, contohnya pengurus risiko, 'loss adjuster', 'claim adjuster', dan sebagainya. Walaubagaimana pun, kerjaya lain yang tidak berasaskan bidang ini juga boleh dipilih.
Di samping menimba ilmu pengetahuan, pelajar juga dapat menikmati keindahan landskap yang terdapat di kawasan persekitaran UUM. Di sini, terutamanya apabila tiba musim bunga, pelajar dapat melihat bunga-bunga yang menguning yang luruh seperti suasana di luar negara. Selain itu, pelajar juga dapat menikmati udara segar di tasik-tasik seperti Tasik di dpp MAS. Disamping itu, pelajar juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti ekstrem seperti Go-kart, 'climbing wall', menunggang kuda, memanah dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.
Kesimpulannya, suasana pembelajaran di universiti sangat menarik. Apabila berada di universiti kita akan lebih bersifat matang dan terbuka dalam menguruskan sesuatu tugasan dan menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul. Oleh itu, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita yang diimpikan dan mempunyai peluang kerjaya yang cerah.
WaRNa..
Setiap orang mempunyai warnanya yang tersendiri. Warna mempunyai kaitan dengan personaliti seseorang individu. Terdapat pelbagai warna yang sinonim dengan ciri-ciri personaliti seseorang seperti merah, jingga, hijau dan sebagainya. Warna-warna ini adalah anugerah Allah s.w.t kepada kita. Bersyukur kerana kita diberi penglihatan untuk melihatnya. Betapa bertuahnya kita berbanding dengan orang kurang upaya yang buta, hanya dapat melihat satu warna sahaja iaitu hitam. Namun, Allah maha adil, diberi pula hati yang terang kepada mereka.Warna sebenarnya mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan setiap individu. Setiap warna yang berbeza memberi pelbagai rasa seperti panas, tenang,vsedih dan sebagainya. Impak warna dalam kehidupan memang tidak dapat dinafikan. Tanpa warna, pastinya hidup ini sama sahaja coraknya pada hari-hari lain.Melalui kajian warna, kita dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kita. Ianya bermula pada tahap sosial hinggalah kepada perkara yang dapat membantu kita dalam membangunkan diri. Bagi diri saya sendiri, saya lebih cenderung kepada warna violet atau lebih dikenali sebagai warna ungu. Menurut kajian terapi warna, warna violet menggambarkan seseorang yang memiliki minda yang tinggi. Daya penilaian juga tinggi dan berpandangan jauh. Individu yang cenderung kepada warna ini biasanya suka kepada sokongan dan keceriaan serta mempunyai cita-cita yang tinggi. Individu ini juga seorang yang kreatif dan suka kepada keindahan alam dan seni serta berjiwa halus dan juga penuh kasih sayang. Dari sudut negatinya pula, mudah merasa kecewa dengan sikap orang di sekelilingnya dan sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif. Sifat-sifat lain yang ada pada individu yang cenderung kepada warna violet ialah bersifat berinisiatif, pemurah, tidak suka diperintah, bijak tetapi agak beremosi, serta rajin tetapi sombong. Bagi saya, warna ungu atau violet ini melambangkan sifat kelembutan terutamanya ungu lembut. Ia memberikan ketenangan, kedamaian dan keyakinan kepada saya terutamanya apabila melibatkan soal pemilihan warna pakaian dan ruang-ruang sekeliling.

Warna coklat juga menarik perhatian saya. Warna coklat mampu mendorong saya dalam membina kekuatan dari segi mental dan fizikal. Ia juga memberikan dorongan kepada saya untuk hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Melalui kajian personaliti warna, warna coklat kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, serta mudah mempercayai orang lain. Warna ini bersifat 'neutral' dan mencerminkan keseimbangan dan kestabilan. Oleh itu, ia memberi rasa ketenangan, nyaman, anggun dan elegen. Ia juga membantu dalam meningkatkan komitmen dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara. Bagi saya warna coklat memberikan keseimbangan antara kelembutan dan ketegasan dalam sesuatu perkara.
Pemilihan warna-warna ini bergantung kepada situasi, tidak semestinya warna kegemaran akan sentiasa dipilih.Kesimpulannya, warna-warna ini memberikan impak yang besar dalam kehidupan seharian. Melalui warna, kita dapat membongkar kecenderungan, kekuatan dan kelemahan sendiri. Kewujudan pelbagai warna akan memberikan kesan kecerian dalam kehidupan kita.
Tuesday, March 11, 2014
Ketahui Punca-Punca Keracunan Makanan..

Selain itu, keadaan persekitaran yang kotor akan menyumbang kepada berlakunya masalah keracunan makanan. Contohnya dipasar malam, gerai-gerai makanan kebiasaannya berhampiran dengan kawasan longkang dan persekitaran tapak jualan yang kotor pula menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit seperti lalat, lipas dan tikus. Tanpa disedari sesiapa, serangga dan haiwan perosak kemudiannya mensasarkan bahan mentah, malah makanan yang telah disediakan oleh penjaja sebagai makanannya. Oleh itu, persekitaran yang kotor akan menyebabkan bakteria mudah merebak. Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan sebenarnya berpunca daripada sikap kita sendiri yang memandang rendah perihal kebersihan diri dan persekitaran. Disebabkan hal itu, individu dan masyarakat haruslah mangambil langkah-langkah yang drastik agar masalah ini dapat diatasi dengan segera agar tidak menyesal di kemudian hari, bak kata pepatah 'sudah terhantuk baru tergadah'.
(278 patah perkataan)
Sunday, October 27, 2013
o.R.a.N.G. B.a.R.u
Bismillah~
Jika hari semalam,
banyak ibadah yang lompang.
Jika hari semalam,
banyak maksiat yang dilakukan.
Jika hari semalam,
banyak perkara yang tidak diselesaikan.
Jika hari semalam,
banyak masalah yang memedihkan jiwa.
Kita mulalah semula hari ini,
dengan azam baru,
dengan iltizam yang jitu..
Allah begitu suka dengan hambanya yang sentiasa memperbaiki diri..
Moga hari ini lebih baik dari semalam......=)
Jika hari semalam,
banyak ibadah yang lompang.
Jika hari semalam,banyak maksiat yang dilakukan.
Jika hari semalam,
banyak perkara yang tidak diselesaikan.
Jika hari semalam,
banyak masalah yang memedihkan jiwa.
Kita mulalah semula hari ini,
dengan azam baru,
dengan iltizam yang jitu..
Allah begitu suka dengan hambanya yang sentiasa memperbaiki diri..
Moga hari ini lebih baik dari semalam......=)
Monday, October 21, 2013
s.U.R.aT. C.i.N.t.A
Bukalah surat cinta dariNya.. Pasti akan damai hatimu. ::
” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” (Yusuf: 18)
La tahzan.. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
“Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” (Al-Maidah:7)
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia.. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan roh manusia yang mendamba redha Tuhannya.”
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia walau tiada siapa di sisi kita kerana DIA selalu ada
Sunday, October 13, 2013
cInTa DukA....
Aku tahu...
aku hanyalah insan biasa..
yang kilauannya pudar..
yang hadirnya tak seperti bulan dan matahari..
yang menerangi kepekatan malam..
yang memancarkan teriknya dikala petang..
Aku tahu...
aku juga ingin seperti mereka..
bergelak ketawa bersama,
bergurau senda,
bersama memendam rasa..
manisnya perhubungan..
Aku duduk sorang diri...
memikirkan puncanya...
ternyata..
kesalahanku cuma satu...
aku salah dalam menilai kasihmu...
aku salah dalam menilai sayangmu..
kasih dan sayangmu bukan untukku..
lantas...untuk apakah aku harus menunggu...
menanti dengan jawapan yang tidak pasti...
aku pasrah...
biarlah aku terbang ..
terbang bersama kenangan di angin lalu...
Subscribe to:
Posts (Atom)



