Wednesday, November 28, 2012

rEsEpi kEk GuL@ h@nGuS


sbagai permulaan..
sy kongsikan resepi kek gula hangus....

mula-mula sediakan bahan..:)

1 cawan gula
1 cawan air panas 
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh vanila

sekarang kita boleh menyediakan kek..^^

Cara Membuat :

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan (jangan terlalu hangus,nanti pahit ). Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati-hati semasa memasukkan air, sebab gula akan meletup-letup. Sebaiknya tutup periuk untuk mengelakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega. Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga pekat dan kembang. Masukkan susu pekat dan kacau hingga sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanila. Kacau rata. Perap adunan selama 3-4   jam.
5. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 45 ke 1 jam.

Taaadaaaa...inilah hasilnya...




                                                         sELamaT meNcuBa.....(^_^)v







No comments:

Post a Comment