Bahan2 :
~ 4oo ml susu segar / susu cair
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telor
~ 1 sudu teh esen vanila
Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air
Cara buat :
> Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang..masak atas api yg kecik..n kacau2 guna sudu untuk bg rata..
> Bila warna bertukar keperangan sedikit, baru masukkan satu sudu air lagi..(pastikan gula dah cair dan bertukar warna..)...seperti ni...
Seterusnya....
> Sediakan bekas/ mangkuk, masukkan kesemua telur bersama dgn gula halus..kacau menggunakan whisker..
kacau perlahan sehingga gula tu sebati atau larut..
> Masukkan susu dalam periuk..campurkan esen vanila..masak atas api sederhana..( jangan sampai mendidih)
> kemudian... tuang susu td ke dalam adunan telur..tuang sedikit demi sedikit sambil kacau adunan tersebut..
> lastly.. tuang adunan tersebut ke dalam loyang yg berisi karamel (gula yg telah dicairkan td )..pastkan tapis adunan sebelum tuang..
> Tutup loyang guna aluminium foil semasa kukus..Pastikan periuk kukusan dipanaskan dahulu..
> Kukus selama 3o minit dgn api sederhana..Sekiranya selepas 3o minit tp, puding masih lembik, tambahkan lg masa kukusan..kukus sampai puding betul2 masak..
> Sejukkan dalam peti ais sebelum dikeluarkan dari loyang..
> Hias mengikut kreativiti anda...
sELaMat mEnCuBa...(^_^)v

No comments:
Post a Comment